Monday, 8 December 2014

KUALA LUMPUR – Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Laman Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi ditimbulkan oleh IJF.

“Akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat ini.

“Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam semalam, semua pihak menuding jari ke arah kami. Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di stadium itu semalam?” kata kenyataan itu hari ini.

IJF mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.



Kenyataan itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota IJF.

Dakwa IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk memburuk-burukkan IJF.

IJF turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.

“Kami `parking’ di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan baling batu.

“Janganlah risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor kami, bukan sebab anda semua,” kata kenyataan itu.

Saturday, 6 December 2014

Seekor orangutan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo dengan 40 kesan tembakan senapang angin pada tubuhnya, dedah pertubuhan perlindungan haiwan, Borneo Orangutan Survival Foundation.

Orangutan betina itu dikatakan ditemui rabu lalu dalam keadaan kritikal sebelum mati dalam ladang kelapa sawit yang terletak di Kalimantan Tengah, membuktikan bahawa perbuatan membunuh spesis terancam ini masih berterusan.

Orangutan merupakan spesis terancam apabila bilangannya berkurang secara mendadak ekoran kegiatan penebangan hutan bagi membuka ladang kelapa sawit dan tanaman kertas yang berleluasa.


Keputusan X-ray menunjukkan yang menunjukkan liang peluru pada tubuh otang utan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.

Keputusan X-ray menunjukkan liang peluru pada tubuh otangutan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.
“Keputusan x-ray menunjukkan terdapat 10 peluru pada kepala, 8 di kaki kiri dan pelvis, 18 pada kaki kanan dan pelvis serta 6 lagi di bahagian dada dan tangan kanan,” dedah pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan akhbar.

Difahamkan, bahagian kaki kanan sebelah atas haiwan primat tersebut turut didapati patah dan terdapat luka berulat padanya selain badan yang kurus kering kerana tidak makan dalam tempoh lama.

Orangutan itu dipercayai diperlakukan dengan kejam tiga hari sebelum ia ditemui.

Antara kekejaman terhadap orangutan yang dikesan dilakukan sesetengah penduduk kampung.

Antara bukti kekejaman terhadap orangutan yang harus diambil serius sebelum spesis ini lenyap selama-lamanya.
Menerusi pendedahan ini pertubuhan tersebut berharap komitmen dan tindakan tegas diambil baik oleh pihak kerajaan mahu pun sektor swasta untuk melindungi spesis orangutan sebelum ia terus pupus.



Video di atas memaparkan gelagat comel anak orangutan yang takutkan monyet selepas ditinggalkan buat kali pertama dalam hutan selepas lama hidup terkurung.

Friday, 5 December 2014


TINDAKAN penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini memuat naik gambar sekumpulan pekerja sedang menyembahnya mendapat kecaman sebilangan besar pengikutnya di Instagram.



Menurut mereka, tindakan Syahrini dilihat agak keterlaluan dan salah disisi agama Islam yang mengharamkan penganutnya menyembah selain kepada Allah SWT.

Namun, menurut Syahrini, foto tersebut merupakan gurauan semata-mata dan dia tidak pernah terlintas untuk mencipta publisiti murahan seperti mana didakwa segelintir pihak.

“Saya seorang muslim dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

“Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’,” katanya

Tuesday, 2 December 2014

Sebelum ini heboh di media massa apabila gambar pemain terkenal kebangsaan, Safee Sali sedang merokok sambil mengenakan baju bola sepak kebangsaan disebarkan hingga menjadi bahan kutukan dan dikritik oleh masyarakat.

Susulan kontroversi tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas penyerang negara Safee Sali jika insiden merokok seumpama itu berulang.



 Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan ini merupakan amaran keras buat penyerang itu supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Hamidin, denda berat akan menanti jika Safee gagal mematuhi amaran tersebut selepas mengakui kesilapannya di Singapura hingga mencetuskan kontroversi sehari sebelum perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu tuan rumah.

Sebagai seorang pemain profesonal sebenarnya Safee sendiri sepatutnya sedar akan tugasannya terhadap negara yang memerlukan tuntutan disiplin yang tinggi.

Hamidin juga berharap agar insiden itu dijadikan pengajaran kepada pemain kebangsaan yang lain.

Disamping itu, jurulatih negara Dollah Salleh turut menyuarakan yang permohonan maaf daripada penyerang tersebut dapat diterima berikutan kejayaan Safee menjaringkan gol pertama ketika bertemu Singapura yang turut membawa pasukan ke separuh akhir.

Tambahnya, dia berharap agar Safee akan lebih berhati-hati masa hadapan
Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke atas bekas pemain beregu negara Razif Sidek ekoran kenyataan akhbar Razif yang mendakwa Chong Wei sudah pun menggunakan bahan terlarang sejak sekian lama.

Razif pada 11 November lepas membuat kenyataan kepada akhar Kosmo menyebut beberapa pegawai atasan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahu tentang perbuatan Chong Wei yang menggunakan bahan terlarang.

Beliau mendakwa para pegawai itu terpaksa mengunci mulut ekoran status Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia, memetik laporan The Malay Mail hari ini.

BACA – Razif Sidek Dakwa Chong Wei Dah Lama Guna Bahan Terlarang!
Selain itu, Razif juga mendakwa Chong Wei turut melantik seorang doktor asing untuk memberikannya kemudahan menggunakan bahan itu.

“Peguam saya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari lalu dan kes ini akan diselesaikan di mahkamah. Dia (Razif) ada menghubungi saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang berlaku sudah berlaku,” kata Chong Wei.

Menurut beliau, sejak berita itu didedahkan beliau cuba menghubungi Razif beberapa kali namun gagal.

“Saya tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini kerana ia memalukan saya.

“Sebagai seorang bekas pemain kebangsaan, saya pasti dia lebih arif berbanding membuat tuduhan palsu kepada saya, khususnya dalam saat begitu menduga ini, dia bukan sahaja mengguris hati saya tetapi hati seluruh rakyat Malaysia dengan komen itu,” katanya.

Chong Wei kemudian meminta wartawan cuba menghubungi Razif dan lihat apa pula reaksinya kali ini.

Ketika ini, pemain yang memenangi dua pingat perak Olimpik itu sedang digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping ketika menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Ujian air kencing Chong Wei mendapati positif mengandungi ‘Dexamethasone’ sejenis ubat penahan sakit yang dilarang penggunaannya dalam sukan antarabangsa.

Semalam, Mynewshub.cc menulis laporan berkaitan peguam yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memohon kepada BWF untuk menunda prosiding pendengaran kes Chong Wei yang dijadualkan pada 8 Disember depan.

Penangguhan itu bagi membolehkan peguam berkenaan membuat persediaan kes berkenaan dengan lebih terperinci.

Chong Wei berhadapan dengan hukuman digantung daripada menyertai kejohanan selama maksimum dua tahun dan mungkin menerima hukuman lebih ringan ekoran prestasi cemerlangnya melepasi 124 ujian doping dalam masa 15 tahun lepas.

Sunday, 30 November 2014

Istanbul – Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.

Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.

Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.

Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.

“Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.

Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.

Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam.

Friday, 28 November 2014

Gambar Hiasan
Semalam mendengar perkongsian dari seorang wanita yang terselamat dari sebuah penipuan dunia, nafsu, dan lelaki. Tangisan penyesalan kerana melakukan dosa. Semoga Allah berinya istiqamah..
Semasa belajar di universiti sibuk bercinta. Ikut lelaki itu ke mana sahaja. Sehingga segala kemahuan lelaki itu dituruti. Bercinta sakan sepanjang belajar. Lama-lama makan makian, pukulan, sepak terajang. Duit ptptn, duit simpanan, duit belanja dari ibubapa semuanya dihabiskan untuk bersama lelaki tadi. Setahun di pukul dan dihina.

Tidak dihormati oleh lelaki tadi sehingga hilang keyakinan diri. Begitulah anak muda baran dan melepaskan pada orang yang lemah.
Satu malam semasa di hotel bersama dipukul dan terhentak kepala di lantai sehingga pengsan. Lelaki itu tidak hubungi ambulans malah terus meninggalkannya. Masuk hospital lama kerana hentakan dan tekanan.
Selepas itu mula membetulkan diri. Solat taubat. Belajar ilmu agama. Menangis..mula kembali pada Allah..
Kini beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang sanggup menerimanya. Tanpa dating dan tidak pernah berjumpa pun. Terus dalam masa beberapa bulan bernikah. Katanya dia syukur pada Allah. Dia samakin rapat dengan ibubapanya. Segalanya dimudahkan oleh Allah. Kini sedang mengandung dan dia bersama suami sibuk belajar menjadikan keluarga membawa sunnah Nabi saw. Bila balik pada Allah. Dia sentiasa menerima dan memaafkan kita semua..itulah jalannya.
Allah maha pengampun dan penyayang. Kasihan ramai lagi anak muda di luar sana yang sedang hidup begini. Membelakangkan agama dan keluarga. Larilah ke mana pun bahagia hanya dalam taat pada perintah Allah dan sunnah Nabi saw.
Ya Allah selamatkanlah semua anak muda kami dari banjir maksiat yang melanda ini. Berilah bilion manusia yang masih tenggelam dalam lautan kelalaian dunia ini. Mabuk dunia. Segera sedar dari mabuk itu. Ini semua salah saya

Sumber suarainsan.net
|||||KLIK Di SINI Untuk TUTUP |||||