Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Saturday, 6 December 2014

Seekor orangutan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo dengan 40 kesan tembakan senapang angin pada tubuhnya, dedah pertubuhan perlindungan haiwan, Borneo Orangutan Survival Foundation.

Orangutan betina itu dikatakan ditemui rabu lalu dalam keadaan kritikal sebelum mati dalam ladang kelapa sawit yang terletak di Kalimantan Tengah, membuktikan bahawa perbuatan membunuh spesis terancam ini masih berterusan.

Orangutan merupakan spesis terancam apabila bilangannya berkurang secara mendadak ekoran kegiatan penebangan hutan bagi membuka ladang kelapa sawit dan tanaman kertas yang berleluasa.


Keputusan X-ray menunjukkan yang menunjukkan liang peluru pada tubuh otang utan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.

Keputusan X-ray menunjukkan liang peluru pada tubuh otangutan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.
“Keputusan x-ray menunjukkan terdapat 10 peluru pada kepala, 8 di kaki kiri dan pelvis, 18 pada kaki kanan dan pelvis serta 6 lagi di bahagian dada dan tangan kanan,” dedah pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan akhbar.

Difahamkan, bahagian kaki kanan sebelah atas haiwan primat tersebut turut didapati patah dan terdapat luka berulat padanya selain badan yang kurus kering kerana tidak makan dalam tempoh lama.

Orangutan itu dipercayai diperlakukan dengan kejam tiga hari sebelum ia ditemui.

Antara kekejaman terhadap orangutan yang dikesan dilakukan sesetengah penduduk kampung.

Antara bukti kekejaman terhadap orangutan yang harus diambil serius sebelum spesis ini lenyap selama-lamanya.
Menerusi pendedahan ini pertubuhan tersebut berharap komitmen dan tindakan tegas diambil baik oleh pihak kerajaan mahu pun sektor swasta untuk melindungi spesis orangutan sebelum ia terus pupus.



Video di atas memaparkan gelagat comel anak orangutan yang takutkan monyet selepas ditinggalkan buat kali pertama dalam hutan selepas lama hidup terkurung.

Friday, 5 December 2014


TINDAKAN penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini memuat naik gambar sekumpulan pekerja sedang menyembahnya mendapat kecaman sebilangan besar pengikutnya di Instagram.



Menurut mereka, tindakan Syahrini dilihat agak keterlaluan dan salah disisi agama Islam yang mengharamkan penganutnya menyembah selain kepada Allah SWT.

Namun, menurut Syahrini, foto tersebut merupakan gurauan semata-mata dan dia tidak pernah terlintas untuk mencipta publisiti murahan seperti mana didakwa segelintir pihak.

“Saya seorang muslim dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

“Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’,” katanya

Sunday, 30 November 2014

Istanbul – Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.

Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.

Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.

Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.

“Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.

Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.

Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam.

Saturday, 22 November 2014

PENYANYI Selena Gomez bakal melancarkan album terbaharunya berjudul For You dalam masa terdekat ini.

Namun, segelintir pemerhati hiburan di Hollywood mendapati perkara yang janggal terhadap salah satu single dalam album tersebut berjudul Do It.

Menurut mereka, lagu tersebut menceritakan tentang hubungan cinta penyanyi itu dengan bekas kekasihnya Justin Bieber.

Seperti dipetik Hollywood Life, ia banyak menceritakan tentang dua pasangan yang saling menggoda untuk melakukan hubungan asmara.

Bagaimanapun, hingga kini Selena belum memberi sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.

Thursday, 13 November 2014

Kita hanya biasa melihat madu di dalam botol, yang dijual di pasar-pasar tani, pasar minggu atau di tepi-tepi jalan.

Tetapi tahukah anda bagaimana cara untuk mendapatkan madu asli dan proses untuk mendapatkan madu tersebut?

Melalui video yang dibawakan oleh BBC, Tete, seorang lelaki orang asli di Afrika menjadikan madu lebah asli sebagai sumber pendapatannya dan keluarga.

Mari kita lihat bagaimana proses mendapatkan madu asli di hutan Congo ini.

Perit dan sangat berbahaya, itulah ciri-ciri pekerjaan mencari madu lebah asli ini.

Berbalik kepada video, diameter pokok yang lebih lebar daripada pemeluknya ditakluki oleh Tete demi memenuhi tuntutannya sebagai ketua keluarga.

Bukan calang-calang orang boleh melakukan kerja sebahaya ini, malah pemanjat profesional juga mungkin mengaku kalah.

Pokok berketinggian 40 meter tersebut diharungi dengan begitu bergaya sekali dan hasilnya, lihatlah apa yang bakal menantinya di depan.





Sumber mynewshub.cc

Monday, 10 November 2014

GADIS ‘patung barbie’dikatakan mengalami kecederaan apabila diserang dan dirompak oleh dua lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya, baru-baru ini.

Memetik laporan dari portal Mail. Online pada Rabu lalu, Valeria Lukyanova, mendakwa ditumbuk berkali-kali oleh dua perombak pada 31 Oktober lalu.

Gadis kelahiran Ukraine ini dikatakan diserang sehingga mendatangkan kecederaan pada kepala dan bibirnya.

"Saya diserang oleh pintu masuk blok flat saya. Saya datang pulang dari kedai dengan beg dan sedang memasukkan kod keselamatan di pintu rumah ketika dua lelaki menyelinap di belakang dan menyerang saya.

"Mereka berkata apa-apa dan tidak cuba untuk merompak saya. Ia berlaku dalam sekelip mata, mereka memukul saya di kepala dan beberapa kali pada rahang, salah seorang daripada mereka mula mencekik saya,” katanya.

Jelasnya, kehadiran jirannya menyebabkan perompak tersebut melarikan diri.

“Jika bukan kerana jiran saya yang tiba-tiba muncul, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka melihat dia dan melarikan diri,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Lukyanova menafikan luka tersebut bukan daripada hasil pembedahan plastiknya.

Model berusia 28 tahun itu sebaliknya menegaskan, dia memiliki kecantikan semulajadi yang menyerupai patung barbie.

Tegasnya lagi, dia hanya menjalani pembedahan pada bahagian tubuh badannya selain mendakwa, dia tidak melakukan apa-apa perubahan atau pembedahan pada wajahnya.

Lukyanova dilapor ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenar pulang empat hari selepas serangan berlaku.

Wednesday, 5 November 2014

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah cuba dirasai seorang pakar hidupan liar terkenal, Paul Rosolie yang sanggup menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji untuk mengetahui suasana di dalam perut reptilia itu.

Pakar hutan Amazon yang baharu berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal berkongsi keadaan sebenar perut ular terbesar dunia daripada spesies anaconda menerusi dokumentari khas yang akan disiarkan menerusi stesen Discovery Channel pada 7 Disember.

Rosolie yang juga penerbit filem dokumentari alam sekitar terkenal dikatakan menempah sejenis suit khas kalis ular seumpama pakaian angkasawan yang akan disarung sebelum tubuhnya ditelan anaconda bagi merakamkan gambaran di dalam perut haiwan itu.

Meskipun berpengalaman menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik di hutan India, Indonesia, Brazil dan Peru; Rosolie menerima kritikan pelbagai badan hak asasi haiwan yang bimbang dengan nasib ular terbabit jika ia cedera sewaktu penggambaran tersebut.

Namun Rosolie dalam reaksi balasnya mendakwa, dia tidak berniat untuk melukakan reptilia itu malah mengajak mereka menanti tayangan dokumentari bertajuk Eaten Alive bulan depan bagi menilai sendiri bagaimana rasanya ditelan seekor ular gergasi.

Sumber http://mynewshub.cc/

Thursday, 30 October 2014

Zhejiang – Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.

“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.

“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.

Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.

Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.

Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. – Agensi
|||||KLIK Di SINI Untuk TUTUP |||||