Friday 21 November 2014

 
Padah menumbuk salah seorang rakan kepada teman lelakinya, seorang remaja diro-gol bergilir-gilir oleh lima lelaki dalam satu kejadian di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, kejadian yang dilaporkan berlaku minggu lepas terjadi selepas mangsa yang berusia 16 tahun dan teman lelakinya pulang daripada menjamu selera kira-kira jam 1 pagi.

Ketika pulang, mangsa bersama kekasihnya, Mohd Hisyam, seorang warganegara Myanmar, dikatakan diikut lima lelaki lain sebelum bertembung dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka untuk pemeriksaan.

Namun, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, mereka berjaya melarikan diri daripada pihak polis sebelum menuju ke satu lokasi.

Ketika di tempat kejadian, mangsa telah diraba oleh salah seorang suspek sebelum dia bertindak menumbuk pemuda tersebut sehingga cedera.

Ujar Yahaya, “Suspek menjadi marah lalu bertindak mero-gol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.”

Sehingga kini, empat daripada suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih dalam buruan. 

Sumber mynewshub.cc

Tagged:

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

|||||KLIK Di SINI Untuk TUTUP |||||